• Pemandu Waja Mengadu Sakit Dada Setelah Bertembung Lori

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Seorang lelaki yang memandu Proton Waja mengadu sakit di bahagian dada setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tiga tan dalam kemalangan jalan raya berdekatan Kampung Tematu, Jalan Stephen Yong, Batu Kawa di sini sebentar tadi.

    Difahamkan kedua-dua kenderaan bertembung di sebelah sisi menyebabkan pemandu Waja yang berusia lingkungan 50 an mengalami sakit dibahagian dada.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut kira-kira jam 2.36 petang tadi.

    Menurutnya, setiba dilokasi kejadian mendapati pemandu Waja tidak dapat keluar sendiri dari kenderaan, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan Pasukan EMRS Bomba membuat rawatan awal seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching, “ katanya. – Sarawakiana

  • No Comment to " Pemandu Waja Mengadu Sakit Dada Setelah Bertembung Lori "