• Pemandu Tersepit Kemalangan 3 Kenderaan

    Published: Saturday, 17 March 2018
    A- A+
    SIBU: Seorang pemandu mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berdekatan SMK Yong Seng di Jalan Stabau di sini petang tadi.

    Mangsa yang memandu Proton Pesona cedera akibat tersepit ditempat duduk pemandu. Manakala penumpang kenderaan tersebut turut mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori 3 tan, Honda City dan Proton Pesona dimana pemandu dan penumpang Proton Pesona tersepit dibahagian hadapan.

    Menurutnya, pemandu dan penumpang lori serta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan.

    "Pasukan Bomba menggunakan ‘Rescue Tools’ untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

    Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan EMRS Bomba dan ambulan pihak hospital. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pemandu Tersepit Kemalangan 3 Kenderaan "