• Pelari Solo Negara Dianugerah Badan Keamanan Antarabangsa

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR- Keberanian dan kegigihan pelari solo wanita, Mejar Kehormat Suwaibah Mohd. Nasir yang bergiat aktif dalam misi antarabangsa dan keamanan dunia mendapat pengiktirafan apabila diangkat sebagai duta keamanan dunia oleh badan keamanan antarabangsa, The World Peace Committee 202.

    Penganugerahan yang diserahkan oleh presiden badan itu, Dr. Djuyoto Suntani di Hotel Royal pada khamis lalu, sekali gus mengangkat nama Suwaibah sebagai wanita pertama di negara ini menjadi duta keamanan dunia.

    Suwaibah berkata, lebih membanggakan, badan keamanan antarabangsa itu juga memberi mandat kepada beliau untuk meletakkan Gong Pendamaian Dunia di Malaysia sebagai simbolik misi pendamaian.

    Katanya, Malaysia adalah negara ke- 43 menerima gong itu Gong selepas tersenarai di antara 202 buah negara yang dipilih oleh badan keamanan antarabangsa terbabit.

    
“Saya sama sekali tidak menyangka penglibatan aktif saya dalam misi antarabangsa dan keamanan dunia termasuklah misi menawan 30 menara di seluruh dunia ini dipandang oleh orang luar.

    “Sudah tentu tanggungjawab selepas ini bertambah besar namun saya berbesar hati apabila ada badan antarabangsa yang mahu berkolabirasi dalam menjalankan misi ini.

    "Dalam masa sama, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wakil badan tersebut, Prof. Datuk Seri Dharmadass Damoo yang telah memperkenalkan saya dengan Djuyoto Suntani,” katanya ketika ditemuia di pajabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    
Terdahulu Suwaibah pernah dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia dan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records atas usahanya sebagai peserta wanita solo pertama untuk menawan 30 puncak menara tertinggi dunia.

    Tambah Suwaibah, beliau baru sahaja menamatkan misi pendakian di Menara Avala, Belgrade dan bakal menawan menara pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Khalifa pada bulan hadapan.

    
“Saya perlu menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam menjayakan misi ini, masalah kesihatan dan kerenah birokrasi sesebuah negara turut menjadi halangan untuk saya bergerak pantas.

    
“Setakat ini apa yang diperlukan adalah dana dan sumbangan bernilai RM4juta daripada pelbagai pihak samada kerajaan ataupun swasta untuk memudahkan lagi usaha merealisasikan misi ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Pelari Solo Negara Dianugerah Badan Keamanan Antarabangsa "