• Pelancong Britain Cedera Parah Terjatuh Gunung Mulu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    MIRI: Seorang pelancong lelaki warga Britain, Nigel Bevan, 50, cedera parah pada kepala apabila terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu pada 9.07 malam Isnin.

    Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata pelancong itu yang sedang kritikal mengalami kecederaan akibat terjatuh di laluan yang dikenali sebagai ‘Pinnacle Trail' di Gunung Mulu.

    “Usaha menurunkan mangsa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Taman Negara Mulu dari puncak ke Camp 5 berjaya dilakukan pada 6 pagi,” katanya di sini pada Selasa.

    Law berkata Unit Udara Bomba yang berpangkalan di sini kemudiannya membawa mangsa mendapatkan rawatan pada 7.30 pagi Selasa diiringi seorang doktor dari Hospital Miri.

    Ketua Polis Marudi DSP Gabriel Risut ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama
  • No Comment to " Pelancong Britain Cedera Parah Terjatuh Gunung Mulu "