• Pelakon Lucah Dedahkan Bercerai Kerana Dia Lesbian

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+

    BEKAS pelakon lucah Thailand, Kesarin Chaichalermpol atau dikenali sebagai Nong Natt sebelum ini telah dikecam kerana menceraikan suaminya, Harold Jennings yang berusia 72 tahun.

    Kesarin akhirnya membuka mulut. Dia bercerai kerana dia adalah lesbian dan sepanjang perkahwinan dengan Harold, mereka tidak pernah melakukan seks.

    Kesarin kini menjalinkan hubungan jarak jauh dengan seorang gadis dari Vietnam yang berusia 24 tahun.

    Jika sebelum ini Kesarin menipu bahawa dia tidak melakukan seks dengan bekas suaminya kerana bimbang lelaki itu diserang sakit jantung memandangkan usianya yang sudah tua, namun kini, Kesarin telah mendedahkan semuanya.

    Malah kata Kesarin, dia langsung tidak mempunyai perasaan terhadap suaminya itu dan lelaki itu yang mencadangkan agar mereka bercerai kerana kasihan kepada Kesarin.

    “Perkahwinan itu hanya atas kertas. Kami hidup berasingan selepas berkahwin. Kami hanya bertemui sekali atau dua kali dalam setahun,’’ kata Kesarin.

    Kini, memandangkan kekasihnya berada nun jauh di Vietnam, Kesarin berkata dia terpaksa bekerja keras untuk menyimpan wang bagi membolehkan dia terbang ke negara berkenaan setiap bulan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pelakon Lucah Dedahkan Bercerai Kerana Dia Lesbian "