• Pelakon Filem Lucah Nafi Kaki Kikis Jutawan Tua

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    Pelakon filem lucah Thailand ini, Nong Nat, 33, kini digelar sebagai kaki kikis apabila dia kini mula memburu `sugar daddy’ selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan seorang jutawan tua dari Amerika Syarikat.

    Nong mengahwini Harold Jennings yang berusia 72 tahun pada tahun lepas. Harold adalah seorang arkitek.

    Dia yang menggunakan nama pentas Natt Chanapa sebelum ini telah tinggal berasingan dengan Harold dan selepas beberapa bulan berpisah akhirnya lelaki itu bersetuju untuk bercerai secara rasmi.

    Nong bagaimanapun menafikan dia adalah kaki kikis.

    “Saya tidak memerlukan Harold untuk menyara saya. Saya bukan kaki kikis dan saya bukan terdesak.

    “Dia yang membayar untuk semua perkara tetapi saya tahu dia juga mempunyai komitmen kewangan sendiri di Amerika Syarikat. Jadi saya faham. Kami masih kawan dan jika saya ada masalah saya akan meminta bantuannya,” katanya.

    Jelas Nong, cintanya kepada Harold umpama seorang anak menjaga bapanya.

    “Harold mengambil masa yang panjang untuk bersetuju dengan perceraian kami. Keluarga saya tidak mahu kami bercerai namun kini mereka memahaminya,

    “Dia sangat tua dan memerlukan orang untuk menjaganya,” kata Nong.

    Selepas berhenti sebagai pelakon filem lucah, Nong kemudiannya menjadi model dan memperolehi wang dengan menjalani penggambaran dalam keadaan seksi untuk mempromosi produk. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pelakon Filem Lucah Nafi Kaki Kikis Jutawan Tua "