• Pelajar Terkejut Guru Matematik Bintang Porno

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+


    PELAJAR-pelajar di sebuah sekolah menengah di timur Sussex, England terkejut apabila mendapat tahu guru matematik mereka sebenarnya adalah bintang porno.

    Guru yang berusia 50 tahun itu muncul dalam beberapa penggambaran foto dan filem lucah, menggunakan nama panggilan Aaron Cage.

    Dalam satu temuramah baru-baru ini, guru itu berkata: “Porno tidak boleh dilihat sebagai kerja.”

    Para pelajar di Sekolah Komuniti Peacehaven, di Peacehaven, timur Sussex, terkejut dengan pendedahan itu.

    Seorang remaja perempuan mengulas pada video Aaron Cage di YouTube: “Lelaki itu adalah guru matematik saya. Saya takut.”

    Para pelajar mula menyebarkan foto-foto guru tersebut minggu lalu, selepas identiti rahsianya terbongkar.

    Sementara itu, ibu bapa mendakwa bahawa pihak sekolah masih belum mengulas mengenai pendedahan tersebut.

    Bagaimanapun difahamkan guru berkenaan belum kembali bertugas sejak timbul tuduhan berkenaan.

    Dilaporkan ‘Aaron Cage’ yang dilahirkan di Australia mula bekerja sebagai model porno lapan tahun lalu, dan pada masa sama berkhidmat sebagai guru.

    Pada awalnya dia hanya menjadi guru sambilan tetapi melakukan kerja itu sepenuh masa sejak tahun lalu. – Mirror UK/mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Terkejut Guru Matematik Bintang Porno "