• Pelajar Kesejukan Makan Burger Di Luar Restoran McDonalds

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    SEBUAH restoran makanan segera didakwa memaksa seorang pelajar perempuan memakan burger keju di luar premis itu dalam cuaca sejuk.

    Lucy Haffenden,14, dah kawannya disuruh keluar daripada restoran makanan segera yang terletak di Erith itu, sebaik sahaja cuba duduk pukul 5 petang Isnin lalu.

    Jelas McDonalds, semua kanak-kanak yang memakai pakaian seragam sekolah tidak dibenarkan makan di premis di selatan London itu bagi mengelak daripada kelakuan anti-sosial.

    Namun, bapa pelajar itu, Mark Haffenen menganggap tindakan itu sebagai melampau.

    "Saya rasa ia amat mengejutkan. Sangat melampau kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan," jelas lelaki berusia 51 itu kepada The Sun.

    "Kita semua tahu keadaan cuaca yang teruk, dan masih tidak percaya mereka di luar.

    "Mereka duduk sehinggalah seseorang datang dan menyuruh mereka tinggalkan tempat itu. Sangat memalukan dan bukan itu cara melayan pelanggan."

    Jurucakap McDonalds berkata: "Pelanggan telah diberitahu mengenai perkara ini dan makanan juga disediakan dalam bentuk bungkusan."- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Kesejukan Makan Burger Di Luar Restoran McDonalds "