• Pedofil Rancang Rogol Kanak-kanak Lelaki Beramai-ramai, Ditahan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    LIVERPOOL: Seorang lelaki dipercayai berorientasi pedofil dari Liverpool, United Kingdom ditahan selepas merancang merogol seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun secara beramai-ramai.

    Bagaimanapun perancangan dibuat Nicholas Murphy, 45 tahun, gagal dilaksana setelah 'terkantoi' dengan pihak polis.

    Murphy menjalankan modus operandinya menerusi aplikasi Kik Messenger dengan menggunakan nama 'Horrible Nick'.

    Aplikasi ini turut dijadikan platform untuknya mencari kenalan yang sama ‘tabiat’ dengannya.

    Rancangannya itu gagal apabila beberapa ahli salah satu kumpulan yang ‘dianggotainya’ menerusi aplikasi itu sebenarnya ialah anggota polis yang menyamar sebagai geng pedofil.

    Menerusi perbualan itu, polis berjaya mengesan lokasinya di Speke, Liverpool dan apabila pihak polis menyemak perbualan di telefon bimbitnya, Murphy turut mempunyai perancangan dengan dua lelaki lain bagi mencari mangsa baru.

    Menerusi Metro.uk yang memetik laporan Liverpool Echo, bapa kepada kanak-kanak ‘sasarannya’ itu meluahkan rasa jijiknya selepas membaca semua perbualan Murphy menerusi aplikasi tersebut.

    Selepas ditahan pada September 2016, kes Murphy terpaksa ditangguhkan sebanyak empat kali berkaitan masalah psikiatri. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Pedofil Rancang Rogol Kanak-kanak Lelaki Beramai-ramai, Ditahan "