• PBDSB Tampil Seorang Calon Wanita, Tandingi 10 Kerusi Parlimen

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    Walaupun masih kurang popular dikalangan rakyat Sarawak, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mengumumkan bertanding 10 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Presidennya, Cobbold John Lusoi berkata, parti tersebut sudah mengenalpasti calon berpotensi termasuk seorang wanita yang bertanding disalah satu daripada 10 kerusi berkenaan.

    "Calon wanita kita Sylvia John Gemok yang merupakan bekas ketua wanita Parti Reformasi Negeri (STAR).

    "Calon kita yang lain termasuk Rapelson Richard (ketua pemuda) dan saya sendiri manakala selebihnya akan diumumkan selepas pembubaran parlimen," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang bakal ditandingi.

    Cobbold menjelaskan, kesemua kerusi yang ditandingi itu dijangka diumumkan selepas perbincangan akhir bersama rakan dalam United Borneo Alliance (UBA) iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pada 31 Mac.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " PBDSB Tampil Seorang Calon Wanita, Tandingi 10 Kerusi Parlimen "