• PBB Sadong Jaya Hanya Tunggu Isyarat Untuk 'Berperang'

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sadong Jaya sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ketua cawangannya, Aidel Lariwo berkata, pihaknya hanya menunggu isyarat dan akan bekerja keras membantu calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Batang Sadong.

    “Kita hanya menunggu gendang dibunyikan sahaja, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pembubaran Dewan Parlimen, kita sudah siap sedia sepenuhnya,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Malah menurutnya, penduduk Batang Sadong juga berharap Datuk Seri Nancy Shukri yang merupakan Ahli Parlimen Batang Sadong dicalonkan semula pada PRU14.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, keyakinan penduduk terhadap Nancy didorong pencapian cemerlangnya memajukan dan membangunkan kawasan bersama tiga wakil rakyat peringkat DUN.

    "Beliau amat disenangi rakyat kawasan ini selain kerap turun padang melihat dan membantu mereka yang memerlukan," katanya.

    Sementara itu, Nancy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan pembukaan bilik gerakan pilihan raya bagi menghadapi PRU14 di Sadong Jaya.

    Tambahnya, ia menunjukkan jentera Barisan Nasional (BN) di kawasan itu sudah siap sedia sepenuhnya menghadapi PRU14 dan hanya menunggu gendang dibunyikan.

    “Tahniah PBB Sadong Jaya kerana menjadi kawasan DUN pertama di Sarawak yang membuka Bilik Gerakan Pilihan Raya untuk PRU14 ini.

    “Ini menunjukkan Pergerakan Induk (bapa), Pemuda dan Wanita PBB Sadong Jaya bersiap sedia untuk memastikan PBB beroleh kemenangan besar pada
    PRU14 nanti,” katanya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Sadong Jaya Hanya Tunggu Isyarat Untuk 'Berperang' "