• Paus Sperma Terdampar Berjaya Diselamatkan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+


    SEEKOR paus sperma yang terdampar di Pantai Pelabuhan Jangkar, Situbondo, Jawa Timur Jumaat lalu telah berjaya diselamatkan oleh Pengelolaan Ruang Laut Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP).

    Nasib paus itu bertambah baik kerana tiada berlaku kecederaan parah pada badanya, hanya beberapa bahagian dari badannya yang mengalami luka kecil.

    Kerja-kerja menyelamatkan paus yang berukuran 17 meter tersebut berlanjutan sehingga Sabtu dan paus tersebut telah berjaya dilepaskan ke laut.

    Pasukan penyelemat membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan tersebut dan hasil pemerhatian, paus tersebut berada dalam keadaan baik berenang ke arah timur laut.

    Pengarah Pengelolaan Ruang Laut Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP), Brahmantya Satyamurti Poerwadi mengagumi kerjasama para penyelamat dan orang awam di sekitar kawasan berkenaan yang berusaha menyelamatkan spesis haiwan itu.

    “Saya memuji kesedaran para nelayan melaporkan hal yang berlaku kepada paus berkenaan kepada pihak yang sepatutnya dengan cepat,” katanya kepada KOMPAS.

    Hasil siasatan dilakukan dipercayai paus berkenaan telah terpisah dari kumpulannya dan telah mendekati ke kawasan pantai.

    Paus di sekitar kepulauan Indonesia berada dalam perlindungan Pemerintah Indonesia melalui Peraturan Pemerintah Nombor 7 Tahun 1999 di bawah Pengawetan Jenis Tumbuhan dan Binatang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

    Subjects:

  • No Comment to " Paus Sperma Terdampar Berjaya Diselamatkan "