• Bangkai Paus Ku Sangkakan Longgokan Jala

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+


    “MULANYA disangka longgokan jala terpakai, namun saiznya yang luar biasa mendorong saya mendekatinya," kata nelayan, Zaini Hosen, 44, yang menemui bangkai ikan paus di Pantai Kuala Matu, Mukah, 7 pagi hari ini.

    Zaini berkata, rutin hariannya ke pantai itu untuk menangkap ikan sebelum tiba-tiba melihat objek besar berwarna putih terdampar di kawasan hulu pantai yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Kuala Matu.

    Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja menghampiri objek itu, dia terkejut mendapati ia adalah seekor ikan besar yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

    "Rasa gentar melihat ikan sebesar itu menyebabkan saya bergegas pulang ke rumah memaklumkan penemuan itu kepada abang saya, selain meminta beberapa penduduk kampung untuk menemani kami memeriksa ikan itu.-hmetro
  • No Comment to " Bangkai Paus Ku Sangkakan Longgokan Jala "