• Pasangan Buat Seks Kantoi Dengan PM Britain

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+


    PERDANA Menteri Britain, Theresa May mendedahkan beliau secara tidak sengaja mengganggu satu pasangan sedang melakukan hubungan seks di dalam sebuah karavan.

    Ketika kejadian, beliau sedang sibuk berkempen untuk pilihan raya.

    "Saya berada dekat pintu karavan yang terbuka dan didapati terdapat sesuatu berlaku di dalamnya, jadi saya mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Namun aktiviti tersebut terus berlaku," katanya yang mendedahkan perkara itu pada Majlis Makan Malam Koresponden Westminster.

    "Ia kelihatan seperti ada orang sedang baring, jadi saya ketuk lagi. Sekali lagi tiada jawapan jadi saya menjenguk di sekitar pintu dan memang benar ada orang sedang baring.

    "Tapi bukan seorang, tapi berdua dan ia bukanlah masa terbaik untuk bertanyakan kepada mereka sama ada akan mengundi (parti) Konservatif)," tambahnya.

    "Saya perlu katakan yang mereka memberikan satu makna baharu kepada perkongsian mendalam dan istimewa."

    Pendedahan May itu menggamatkan hadirin dan seorang wanita kedengaran berkata secara berjenaka: "Ew." - Independent UK/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pasangan Buat Seks Kantoi Dengan PM Britain "