• Pas tidak kutip maklumat tepi jalan seperti DAP

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    KOTA BHARU 16 Mac - Pas sebagai parti yang mengamal politik Islam tidak ‘mengutip’ maklumat tepi jalan sebagaimana pakatan pembangkang yang diketuai DAP.

    Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusof berkata, parti itu mempunyai budaya politik matang dan sejahtera yang membezakan mereka daripada parti lain.

    “Kita tidak amalkan politik menghalalkan cara sebab itu kita tidak mengutip maklumat tepi jalan.

    “Saya ingat lagi kes Tabung Haji apabila ‘didedahkan’ Rafizi Ramli telah membeli tanah 1MDB, kita Pas telah hantar rombongan Pas berjumpa kepimpinan Tabung Haji minta penjelasan dan hasilnya kita faham dakwaan itu tidak benar.

    “Begitu juga dengan kes 1MDB kita tidak ambil maklumat tepi longkang, kepemimpinan kita diketuai Timbalan Presiden Pas berjumpa dengan kepimpinan 1MDB untuk mendapat penjelasan dan kita keluar dengan kenyataan setuju dengan pelan rasionalisasi untuk menyelamatkan syarikat itu tetapi apa yang berlaku pada 1MDB perlu siasatan Suruhanjaya Diraja,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap di Himpunan Pemuda Bangkit Pertahan Kelantan di ‎Padang Perdana di sini hari ini.

    Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat merangkap Ketua Pemuda Pas negeri,Ahmad Fadhli Shaari. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pas tidak kutip maklumat tepi jalan seperti DAP "