• Parlimen Switzerland tolak usul, pembangkang dapat malu

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+
    Seperti diduga, parlimen Switzerland menolak usul Ahli Parlimen daripada Parti Sosial Demokrat, Carlo Sommaruga yang kononnya mencadangkan wang yang dikatakan berkait dengan 1MDB dikembalikan kepada rakyat Malaysia.

    Dalam undian semalam, hanya 53 ahli parlimen negara itu menyokong manakala 138 menentang.

    Sebelum PRU13, Sommaruga juga pernah membangkitkan isu dengan kaedah yang hampir serupa iaitu menjelang pilihan raya umum dan mensasarkan ahli politik tertentu di Malaysia.

    Beberapa orang ahli politik dari pihak pembangkang didakwa terlibat mengatur perkara ini.

    Sommaruga diketahui mempunyai hubungan dengan beberapa tokoh pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Anti Kerajaan.

    Baru baru ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa berperanan dalam menimbulkan persepsi berita palsu seolah olah ada wang 1MDB, maka ia adalah wang rakyat yang di tahan di Switzerland.

    Sekiranya usul di parlimen Switzerland diluluskan maka Pakatan Harapan (PH) akan beroleh laba politik di saat mereka terus buntu apabila strategi berita palsu kantoi separuh jalan.

    Mereka masih mahu memberi gambaran pada rakyat bahawa 1MDB hilang wang, wang dicuri dan cuba mensasarkan tuduhannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Walhal wang yang dibekukan di Switzerland hanya melibatkan denda dan penalti beberapa bank yang terkait dengan perlanggaran peraturan perbankan negara tersebut dan usul itu pula bersifat umum dan bukan usul mengenai wang 1MDB.

    Tapi sekali lagi mereka beroleh malu.

    Ahli Parlimen negara maju seperti Switzerland bukan cap ayam seperti sesetengah dari kita di sini.

    Malah sewaktu usul ini di bawa tahun lalu, kabinet Switzerland menyebut dengan jelas usul ini harus ditolak kerana bercanggah dgn asas undang undang.

    Sudahlah wang RM430 juta yang dirujuk itu bukan dari 1MDB, malah 1MDB sendiri berkali kali menegaskan mereka tiada kehilangan apa apa wang.

    Perlu difahami, 1MDB menjalankan urusniaga dan pelaburan dgn atau melalui pihak tertentu dan kebertanggungjawaban mereka terhad setakat mana dan dengan siapa mereka berurusan.

    Apa apa yang berlaku dan dilakukan orang lain,apa lagi di negara lain dengan wang yang dilabur mereka adalah sama sekali di luar kuasa 1MDB.

    Yang penting 1MDB melabur secara sah dan mendapat kembali pelaburannya ,malah dgn keuntungan.

    Mana mungkin setelah beroleh pulangan dari pelaburannya, dan dengan tiada kehilangan apa apa 1MDB mahu menuntut wang pelaburan yg sudah menjadi hak orang lain sebagai hak mereka.

    Lainlah kalau 1MDB kehilangan wang mereka. Jika itu berlaku, semestinya kehilangan itu dicatat dalam akaunnya dan akaun itu sudah di periksa lumat oleh PAC yang turut dianggotai ahli parlimen PAS, PKR dan DAP.

    Pembangkang benar benar mahu membina persepsi wang dicuri.

    Mereka mahu jadikan berita palsu mereka sebagai modal besar PRU14, namun mereka tidak akan berjaya.

    Masa adalah penawar mustajab kepada kepalsuan kerana selepas sedikit masa, kebenaran akan tetap datang.

    Kesabaran di pihak kerajaan dengan terus menerus menumpukan kepada tanggongjawab mengurus negara dan memberi masa yang panjang untuk rakyat menilai sebelum membubarkan parlimen,

    Akhirnya satu demi satu berita palsu berkubur bersama pembawanya.

    Oleh Annuar Musa

    - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Switzerland tolak usul, pembangkang dapat malu "