• Parlimen Miri Dalam 'Tangan' BN

    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Lee Kim Shin melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan kembali menawan kerusi Parlimen Miri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Lee berkata, keyakinan beliau adalah berdasarkan prestasi dan hasil kerja cemerlang wakil rakyat BN yang sedia berkhidmat setiap masa dan bukan muncul menjelang pilihan raya sahaja.

    "Mereka (rakyat) boleh melihat, boleh banding Ahli Parlimen daripada pembangkang (Dr Michael Teo) yang dipilih, apa pencapaian beliau, apakah yang rakyat nikmati daripada beliau, berbanding dengan wakil rakyat BN yang sentiasa bersedia membantu rakyat," katanya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Dr Teo mengalahkan Datuk Sebastian Ting dengan majoriti 1,992 undi.

    Dua daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Miri diwakili Lee iaitu di Senadin dan Ting (Piasau) manakala Pujut dipegang Dr Ting Tiong Choon (DAP).

    Lee menambah, kerjasama antara beliau dan Ting sangat utuh sebagai satu pasukan terutama ketika turun padang.

    "Kita terus bersiap sedia bekerja selepas pilihan raya lalu," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Miri Dalam 'Tangan' BN "