• Panama Dance Selesaikan Masalah Stress Anda - PU Azman

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Stress atau tekanan perasaan merupakan lumrah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.

    Di tempat kerja, universiti, rumah atau di mana sahaja, ia satu bentuk beban yang boleh menjadi lebih kronik seandainya tiada langkah kawalan segera.

    Bagaimanapun, Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau PU Azman memberitahu, Panama Dance sebenarnya menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.

    Dalam catatan terkini di laman Instagramnya, PU Azman memberitahu ia merupakan cara terbaik untuk terapi fizikal semasa mengalami tekanan.

    Panama Dance kini tular di seluruh negara dan mampu membuat para pendengarnya terasa ingin turut serta menari.

    Terdahulu, Panama merupakan sebuah lagu dinyanyikan oleh Matteo yang dimuat naik menerusi laman Youtube sejak tahun 2013.

    Panama Dance mula menjadi popular selepas tarian itu dilakukan oleh artis Korea menerusi program realiti Law of The Jungle in Panama.

    Selain itu, ramai juga yang telah membuat Panama Dance Challange termasuk golongan selebriti.

    Bagaimanapun PU Azman sebenarnya hanya berjenaka dan memaklumkan cara terbaik untuk menghilangkan tekanan adalah dengan berzikir.

    PU Azman juga memberitahu, paling penting adalah mengingat Allah untuk menenangkan hati.

    Beliau turut melampirkan firman Allah SWT di dalam Al Quran, surah Ar-Ro'du ayat 28 berkenaan tekanan yang bermaksud;

    "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan tenang".

    Katanya, zikir kepada Allah ini mempunyai banyak cara antaranya solat, membaca Al Quran, zikir biasa dan apa saja perbuatan yang mendekatkan diri kepadaNya.

    Selain cara menghilangkan tekanan, PU Azman turut berdakwah dengan cara bersahaja namun mempunyai pengertian yang lebih mendalam di sebalik setiap jenakanya. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Panama Dance Selesaikan Masalah Stress Anda - PU Azman "