• Operasi SAR Hari Ke-2 Remaja Lemas Di Baleh Diteruskan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    KAPIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja hilang selepas tergelincir dan jatuh ke Sungai Baleh semalam diteruskan pagi ini.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 14 tahun dikenali sebagai Nick Hillary Harry telah dilaporkan hilang selepas tergelincir sebelum jatuh dari tebing sungai di Nanga Usun, Baleh dekat sini semalam.

    Baca: Remaja Dikhuatiri Lemas Jatuh Di Sungai Baleh

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata,operasi SAR untuk hari ke dua yang dijalankan bermula jam 8.30 pagi tadi dianggotai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit,Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan penduduk kampung.

    “Pencarian awal yang dijalankan semalam sejurus laporan diterima masih tidak menemui sebarang petunjuk.

    “Oleh yang demikian,operasi SAR yang dijalankan hari ini akan menggunakan kaedah ‘water surface' bermula dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan jatuh sehingga ke bahagian hulu dan hilir Sungai Baleh yang dianggarkan dengan jarak sepanajang empat kilometer” katanya.

    Sehingga laporan ini ditulis, pasukan SAR masih belum menjumpai sebarang petunjuk. Dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.- Sarawakiana
  • No Comment to " Operasi SAR Hari Ke-2 Remaja Lemas Di Baleh Diteruskan "