• Operasi Mencari Warganegara Indonesia Lemas Di Oya Dimulakan Pagi Ini

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+

    MUKAH:  Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga Indonesia dimulakan pagi ini selepas laporan kehilangan mangsa yang dikhuatiri lemas setelah jatuh ke Sungai Batang Oya semalam dibuat. 

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang semalam, mangsa dikenali sebagai Damran bersama empat lagi rakan pergi menjalankan aktiviti memancing namun berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripa mereka tergelincir jatuh ke dalam sungai akibat licin.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut lewat malam tadi daripada Penolong Pengurus Ladang Pelitanah 4.

    Menurutnya, mangsa turut difahamkan tidak pandai berenang terjatuh sebelum tenggelam serta hilang dibawa arus sungai.

    "Sebaik menerima laporan kehilangan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dikerah ke lokasi kejadian pada jam 6.30 pagi tadi bagi menjalankan operasi SAR mangsa di lokasi kejadian yang terletak jauh di hulu sungai, Sungai Batang Oya/ Baoh." katanya.

    Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum dijumpai dan operasi tersebut turut disertai oleh  pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM).-Sarawakiana




  • No Comment to " Operasi Mencari Warganegara Indonesia Lemas Di Oya Dimulakan Pagi Ini "