• Nak Isi Borang Kahwin Konon...

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    Wanita yang ditahan di rumah tunangnya di Dungun pada Rabu lalu memberi alasan hanya mengisi borang perkahwinan ketika dicekup penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

    Lebih memalukan, wanita berusia 23 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun dicekup dalam keadaan mengaibkan apabila masing-masing hanya bertuala dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah hari.

    Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa selepas menerima aduan orang ramai yang tidak selesa melihat aktiviti bebas pasangan terbabit.

    Kata sumber, pasangan terbabit dikatakan sering dilihat keluar dan masuk bersama ke rumah sewa lelaki itu sejak kebelakangan ini.

    "Ketika serbuan dilakukan, pintu utama rumah ditutup sebelum ia dibuka seorang lelaki yang hanya mengenakan tuala, manakala pasangannya juga hanya berkemban.

    "Siasatan mendapati mereka tiada hubungan sah suami isteri dan mengaku baru mengikat tali pertunangan, selain mendakwa akan berkahwin pada Jun depan.

    "Malah, wanita terbabit mendakwa datang ke rumah itu selepas dipanggil tunangnya untuk berbincang bagaimana cara mahu mengisi borang kahwin sebelum mereka ditahan untuk tindakan lanjut," katanya.

    Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Isi Borang Kahwin Konon... "