• Nak Curi Identiti Punya Pasal, Sanggup Racun ‘Kembar Seiras

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+


    SEORANG wanita Rusia didakwa kerana meracun seorang wanita yang mirip wajahnya dengan sepotong kek keju, lalu mencuri pasport, wang tunai dan barangan mangsa yang lain selepas cuba menjadikan kejadian itu seperti cubaan membunuh diri, kata pihak berkuasa pada Rabu lalu.

    "Insiden ini dasyat dan jenayah yang dimanipulasi yang mampu membunuh wanita tersebut hanya kerana memiliki wajah seakan sama dengan defendan," kata peguam daerah Queens, Richard Brown.

    Suspek, Viktoria Nasyrova, 42, dari Brooklyn didakwa pada Selasa di atas cubaan membunuh, mencuri, menyerang dan beberapa tuduhan lain setelah ditahan pada Mac 2017.

    Peguamnya, Barbara Byrne, enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

    Pada Ogos 2016, Nasyrova, melawat rumah mangsa berusia 35 tahun di Forest Hills, Queens dengan membawa hadiah berupa kek keju, kata Brown.

    Beliau menambah bahawa kedua-dua wanita mempunyai rambut yang gelap, kulit yang sama dan bertutur bahasa Rusia.

    "Wanita itu makan kek keju, jatuh sakit dan terbaring.

    "Sebelum pengsan, ingatan terakhir mangsa adalah melihat defendan duduk di sebelahnya di dalam rumah tersebut.

    "Keesokan harinya, seorang kawan mangsa mendapati mangsa tidak sedarkan diri di atas katilnya hanya mengenakan pakaian dalam dengan pil yang berterabur di sekeliling tubuhnya, seolah-olah cuba membunuh diri," kata Brown.

    Mangsa dirawat di hospital dan ketika pulang ke rumah, dia menyedari bahawa pasport dan kad pengesahan pekerjaannya hilang, bersama dengan cincin emas dan wang tunai.

    Ejen penguatkuasaan undang-undang dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menguji kek keju tersebut dan mengesahkan ia dicampur dengan phenazepan iaitu sejenis ubat penenang Rusia.

    Pil tersebut mengandungi jenis dadah yang sama, kata Brown.

    Nasyrova juga dituduh memasukkan dadah dan cuba membunuh seorang wanita dari negara asalnya sebelum melarikan diri ke New York.

    Dia menafikan dakwaan tersebut ketika ditemubual oleh CBS.

    Nasyrova menghadapi hukuman 25 tahun penjara jika sabit kesalahan dan perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 25 Mei depan. - The Guardian


    Subjects:

  • No Comment to " Nak Curi Identiti Punya Pasal, Sanggup Racun ‘Kembar Seiras "