• Najib Ziarah Mendiang Siringan Gubat

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+

    KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi jasad Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah mendiang Datuk Siringan Gubat di Wisma Fook Lu Siew di sini.

    Najib yang tiba pada pukul 2.41 petang berada kira-kira 10 minit bagi memberi penghormatan kepada mendiang, dengan disertai Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan beberapa anggota kabinet negeri.

    Siringan, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 10.57 malam tadi di sebuah hospital swasta, di sini.

    Mendiang meninggalkan isteri Datin Rozelind Gubat, empat anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang cucu.

    Jasad mendiang Siringan, yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO), akan dibawa ke Kampung Kinirasan, Ranau pada Jumaat ini dan dikebumikan pada keesokan harinya.

    Mendiang merupakan Anggota Parlimen Ranau sejak 2008 sebelum menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan pada 2013.

    Beliau meninggal dunia seminggu selepas Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga ADUN Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, meninggal dunia akibat kanser.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ziarah Mendiang Siringan Gubat "