• Najib Tunai Janji Tak Dilaksana Dr Mahathir Di Sabah

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+

    Penantian masyarakat Kiulu untuk mendapat kemudahan jalan raya yang lebih baik sejak tahun 1980 akhirnya ditunaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Jalan raya sepanjang 60 kilometer itu sebenarnya telah dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun tidak pernah ditunaikan.

    Semasa melawat pembinaan jalan itu, Najib berkata, masyarakat di situ telah menanti terlalu lama janji yang tidak ditunaikan, justeru beliau tampil untuk menunaikan permintaan mereka kerana keprihatinannya kepada rakyat Sabah.

    “Tidak lama lagi, rakyat di negeri ini khususnya penduduk di kawasan sekitar bakal menerima manfaat kemudahan untuk tujuan meningkatkan pembangunan dan keupayaan sesebuah kawasan menjadi lebih maju.

    “Yang membanggakan saya adalah pelaksanaan projek sepanjang 60 kilometer menghubungkan beberapa daerah di sekitar ini dilakukan lebih cepat sehingga mendahului sasaran yang dijadualkan,” katanya ketika berucap dalam majlis Tinjauan Pembinaan Jalan Raya Telipok – Kiulu – Randagong di Kampung Pukak, Kiulu hari ini.

    Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

    Pembinaan infrastruktur bernilai RM288 juta itu akan menghubungkan Kiulu dengan Ranau telah dimulakan sejak 2016 dan telah siap 65 peratus berbanding sasaran awal 45 peratus.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Tunai Janji Tak Dilaksana Dr Mahathir Di Sabah "