• Najib Minta Penjawat Awam Terus Sokong, Bantu Kerajaan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    IPOH: Datuk Seri Najib Razak meminta seluruh warga penjawat awam terus memberi sokongan padu dan membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa negara ke tahap lebih tinggi termasuk mencapai aspirasi dan harapan menjadikan Malaysia berada di kedudukan 20 teratas di dunia.

    Perdana Menteri berkata, tidak seperti pembangkang yang sesetengah pemimpinnya menghina penjawat awam dengan gelaran 'kucing kurap' dan 'monyet', BN sebaliknya mempertahankan golongan itu yang memberi khidmat dan menyumbang idea kepada pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan hingga negara mencapai kedudukan seperti sekarang.

    Beliau berkata, ketika pembangkang berhasrat mahu mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini, kerajaan sedia ada pula bukan sahaja mengekalkan saiz penjawat awam negara, malah bersedia menambah bilangan mereka.

    "Kerajaan anggap penjawat awam sebagai tulang belakang, justeru apa juga kejayaan yang dicapai adalah kejayaan diusahakan bersama.

    "Saya tak mahu kata orang politik saja yang dapat kredit tapi tanpa dokongan, sokongan dan penterjemahan dari segi pelaksanaannya dan juga kongsi fomulasi dan idea-idea yang datang dari penjawat awam, tak mungkin kita akan dapat melaksanakan segala hasrat kerajaan untuk mentransformasi negara kita ini daripada daripada sebuah negara di tahap hari ini kepada sebuah negara yang advance (maju) ekonomi.

    "Selepas itu kita nak capai RM2 trilion ekonomi daripada 1.3 trilion hari ini dalam masa mungkin tahun 2025 atau lebih awal iaitu tahun 2022 dan selepas itu kita nak mencapai dan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara 20 teratas di dunia," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Penjawat Awam di Dewan Seri Perdana Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan , dekat sini hari ini.

    Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk SEri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perdagangan Dalm Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk s Eri Hamzah Zainuddin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

    Lebih 5,000 penjawat awam hadir pada program berkenaan.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Minta Penjawat Awam Terus Sokong, Bantu Kerajaan "