• Naik Angin Teman Wanita Ditahan Imigresen

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+


    GEORGETOWN: Berang teman wanitanya ditahan, seorang lelaki naik angin dan membaling botol air sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota imigresen yang melakukan Ops Ikrar di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Transfer, di sini, awal pagi, hari ini.

    Tindakannya itu mengundang padah apabila dia turut dicekup serta diangkut menaiki lori sebelum dibawa ke Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Pulau Pinang Seberang Jaya.

    Dalam operasi pada jam 1 pagi itu, seramai 16 wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan Imigresen.

    Mereka yang leka melayan pelanggan bertempiaran melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota Imigresen dan ada juga yang cuba bersembunyi sebalik tangga.

    Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Khwaja Banthey Navaz Mohd Hanief, berkata seramai 16 wanita warga negara Vietnam dan Nigeria serta dua lelaki masing-masing dari Myanmar dan Thailand ditahan dalam operasi terbabit.

    "Seorang lelaki yang bekerja di premis itu turut ditahan kerana mencetuskan kekecohan dengan membaling botol air ke arah pegawai Imigresen.

    "Dia dikatakan tidak berpuas hati kerana teman wanitanya ditahan dalam operasi berkenaan," katanya.

    Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Warga Asing di Juru.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Naik Angin Teman Wanita Ditahan Imigresen "