• Nafi Enam Tuduhan Menipu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+


    LELAKI berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas enam pertuduhan menipu membabitkan pembelian rumah kos rendah dan mampu milik di Pulau Pinang antara September hingga November 2016.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh Ramlee Daud didakwa menipu enam individu membabitkan kerugian RM6,500 antara September hingga November 2016.

    Tertuduh didakwa memperdaya mangsanya untuk menyerahkan sejumlah wang bagi mempercepatkan proses dan membantu mereka mendapatkan rumah kos rendah atau mampu milik di negeri ini.

    Ramlee yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

    Hakim Noor Aini Yusof membenarkan ikat jamin RM10,000 untuk semua pertuduhan dan seorang penjamin ke atas tertuduh menetapkan 12 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Nafi Enam Tuduhan Menipu "