• MUET Terima Pengiktirafan Antarabangsa

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) menerima pengiktirafan Sijil Penjajaran Common European Framework Referance (CEFR) oleh Penilaian Bahasa Inggeris Cambridge United Kingdom.

    Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, menerusi pengiktirafan itu akan membolehkan MUET dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

    “Ujian ini merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini.

    “Insya Allah, saya difahamkan ada negara lain dari Bangladesh, India dan Sri Lanka telah berhubung dengan kita untuk menggunakan ujian MUET,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 dan MUET di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " MUET Terima Pengiktirafan Antarabangsa "