• Menteri Belia dan Sukan Sabah meninggal dunia

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    KOTA KINABALU- Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur malam tadi.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berusia 56 tahun itu menghembus nafas terakhir pada pukul 11.57 malam.

    Difahamkan, Allahyarham berada di hospital tersebut sejak lapan bulan lalu bagi menjalankan rawatan kanser usus.

    Menurut adik Allahyarham, Datuk Nizam, jenazah abangnya akan dibawa pulang hari ini menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau.

    "Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diampunkan dosa dan memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama hamba yang soleh di syurga," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada pihak media. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Menteri Belia dan Sukan Sabah meninggal dunia "