• Mayat Warga Indonesia Lemas Di Sungai Oya Ditemui

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    MUKAH: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas tergelincir dari perahu yang dinaikinya bersama empat lagi rakan sekerja ditemui orang awam pagi tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dikenali sebagai Damran berusia 22 tahun bersama empat lagi rakan sekerja pergi menjalankan aktiviti memancing namun berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka tergelincir jatuh ke dalam sungai akibat licin.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi SAR mangsa diteruskan untuk hari yang kedua bermula jam 7 ppagi tadi dan ketika operasi sedang dijalankan pihak bomba telah dimaklumkan oleh orang awam pada jam 7.30 pagi bahawa mereka menemui mayat seorang lelaki.

    "Pihak kami terus memaklumkan dan menyerahkan mayat lelaki terbabit kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    "Pengesahan mayat telah dilakukan oleh penolong pengurus ladang dan mengesahkan bahawa mayat yang ditemui adalah mayat pekerjanya yang dilaporkan lemas tempoh hari" katanya.

    Oleh yang demikian, sejurus penemuan dan pengesahan mayat mangsa operasi SAR mangsa di Sungai Batang Oya ditamatkan pada jam 12 tengah hari tadi.-Sarawakiana





  • No Comment to " Mayat Warga Indonesia Lemas Di Sungai Oya Ditemui "