• Mayat Remaja Lemas Di Sungai Baleh Ditemui

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+
    Foto ihsan Bomba
    KAPIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja hilang selepas tergelincir dan jatuh ke dalam Sungai Baleh kelmarin berakhir selepas penemuan mayat mangsa jam 3.50 petang tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7.30 pagi kelmarin, mangsa Nick Hillary Harry,14 hilang selepas tergelincir sebelum jatuh ke dalam sungai di Nanga Usun, Baleh dekat sini.


    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi SAR diteruskan pada hari ketiga pada jam 9.45 pagi tadi dianggotai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit,Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan penduduk kampung.

    “Pada jam 3.50 petang tadi mayat mangsa telah dijumpai pada jarak 20 meter dari lokasi mangsa telah dilaporkan jatuh. ” katanya.

    Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

  • No Comment to " Mayat Remaja Lemas Di Sungai Baleh Ditemui "