• Mayat Budak Lelaki Dalam Kereta Ibu Tiri

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    MADRID – Polis Sepanyol menemui mayat budak lelaki berusia lapan tahun dalam bonet kereta ibu tirinya, kata sumber kerajaan hari ini, dalam kes yang menarik perhatian negara itu.

    Ratusan pegawai digerakkan untuk mencari Gabriel Cruz selepas dia dilaporkan hilang lewat Februari lalu di kampung Las Hortichuelas di tenggara Sepanyol.

    “Pagi ini, Pengawal Sivil menahan isteri kepada bapa Gabriel ketika membawa mayat budak lelaki itu dalam bonet keretanya,” kata Menteri Dalam Negeri, Juan Ignacio Zoido.

    Notis orang hilang dengan gambar budak itu tersenyum menjadi tular di Sepanyol menerusi perkhidmatan mesej telefon bimbit dan media sosial.

    Perdana Menteri, Mariano Rajoy, mengucapkan takziah menerusi Twitter.

    “Saya berkongsi kesedihan kehilangan Gabriel dengan semua rakyat Sepanyol,” katanya. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Budak Lelaki Dalam Kereta Ibu Tiri "