• Mawan Terus Dapat Sokongan Penduduk Saratok

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    Nampak gayanya penyandang kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom masih mendapat sokongan rakyat di peringkat akar umbi meminta agar beliau dikekalkan sebagai ahli parlimen.

    Memetik laporan Utusan Borneo, lebih 200 penduduk di Daerah Kabong menyatakan sokongan penuh terhadap beliau supaya dicalonkan semula pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Kebanyakkan mereka menyifatkan Mawan sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan disenangi rakyat serta prihatin terhadap permasalah yang dihadapi oleh penduduk.

    Menurut Penghulu Michael Daji, pengalaman Mawan dalam politik amat diperlukan bagi memacu aspek pembangunan di kawasan Saratok terutamanya.

    “Oleh itu, tiada sebab bagi kita untuk mencari calon baharu bagi mewakili masyarakat di kawasan ini pada PRU14 akan datang.

    “Mawan amat disenangi rakyat di sini, justeru mengapa beliau perlu ditukar,” tegas Michael.

    Sementara itu, bagi masyarakat Cina di Saratok, salah seorang penduduk iaitu Kapitan Ho Tong Kie berkata Mawan tidak penah mengabaikan kaum mereka malah sentiasa berlaku adil kepada semua kaum.

    “Masyarakat Cina di kawasan ini amat berterima kasih kepada Mawan kerana sepanjang tempoh beliau sebagai wakil rakyat, pelbagai peruntukan dan bantuan telah disalurkan kepada masyarakat Cina,"

    Tambahnya, beliau yakin Mawan mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Saratok jika terus diberikan kepercayaan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mawan Terus Dapat Sokongan Penduduk Saratok "