• Maut Jatuh Atas Tangga

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Pemuda maut selepas terjatuh dari ketinggian hampir lapan meter ketika asyik bermain telefon bimbit ketika melancong ke kawasan pergunungan dianggap suci bagi penganut Buddha di Beijing, China.

    Lelaki, 20-an, itu dilihat duduk di atas selusur setinggi paras pinggang dan bermain telefon bimbitnya.

    Bagaimanapun, dia mungkin terlupa tiada sokongan pada bahagian belakangnya ketika bersandar sebelum terus tergolek jatuh dalam kejadian di Istana Rou Shen, Selasa lalu.

    Menurut Kan Kan News, pelancong tidak dikenal pasti identiti itu melawat lokasi berkenaan bersama bapanya.

    Sebelum kejadian, dua beranak itu menaiki 99 anak tangga untuk sampai ke istana berkenaan bagi menyempurnakan hajat.

    Rakaman kamera keselamatan menunjukkan detik pemuda itu duduk di atas selusur yang diletakkan sebagai langkah keselamatan sebelum jatuh dalam sekelip mata menyebabkan dua wanita yang duduk di bawah bertempiaran lari selepas lelaki itu ‘bergolek’ menuruni anak tangga.

    Laporan media tempatan mendakwa punca kejadian disebabkan lelaki itu terlalu leka bermain telefon bimbit, namun tidak dapat dipastikan sama ada dia mati serta-merta.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Jatuh Atas Tangga "