• Maut Gergaji Tertusuk Leher

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Bapa tiga anak mati serta-merta selepas gergaji rantai tertusuk lehernya ketika sibuk mencantas dahan pokok berhampiran rumahnya dalam kejadian tengah hari, Selasa lalu.

    Lebih tragik apabila mayat lelaki terbabit, Gilles Laporte, 64, ditemui dalam keadaan tergantung di dahan di Saint-Martial-de-Nabirat, Dordogne.

    Difahamkan, mangsa sudah mengambil langkah keselamatan termasuk memakai sarung tangan yang tebal dan penutup muka.

    Bagaimanapun, kemalangan tidak berbau apabila gergaji terbabit tertusuk pada lehernya.

    Datuk Bandar kampung di timur Bergerac, Jean-Pierre Coudoumie berkata, mangsa sempat berborak dengan jirannya sebelum kejadian.

    “Sudah beberapa hari dia mencantas pokok. Dahan yang dipotongnya itu berada pada paras muka.

    “Kami merasakan ia mungkin terkena lehernya menyebabkan dia mati serta merta,” kata

    Coudoumie memberitahu, mangsa cukup dikenali di kawasan itu sebagai seorang yang gemar berbasikal.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Gergaji Tertusuk Leher "