• Maut Dihempap Struktur Besi Konkrit

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    Seorang pekerja pembinaan maut dihempap struktur besi konkrit yang runtuh dalam kejadian di Jalan Kenanga 9, Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung di sini, 10.10 pagi tadi.

    Difahamkan, kejadian yang berlaku ketika pekerja sedang berehat turut mengakibatkan lima pekerja warga Indonesia dan Bangladesh parah.

    Kesemua mangsa dianggarkan berusia antara 24-30 tahun.

    Menurut pekerja di tempat kejadian, Sartihs, 40, ketika kejadian angin kencang dan dia terdengar bunyi seperti geseran bangunan dan terkejut bila melihat struktur bangunan bersebelahan runtuh.

    "Saya jerit ‘hoi’ dan lari dari situ. Tapi ada yang kena hempap," katanya.

    Seorang lagi pekerja dikenali sebagai Darwish, 21, berkata, dia melihat struktur bersaiz 10 unit bangunan itu runtuh perlahan-lahan.

    "Saya nampak besi itu runtuh sedikit-sedikit sampai jadi macam itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian sambil menunjukkan kawasan kejadian.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Dihempap Struktur Besi Konkrit "