• Masalah Jerawat Selama 15 Tahun Berakhir

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+

    SEORANG blogger mendedahkan dia berjaya mengatasi masalah jerawat yang dialaminya selama 15 tahun dengan mengamalkan diet sihat dan tidak mengambil gula.

    Amy Saunders, 27, dari Brighton, sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi jerawat adalah dengan mengambil ubat hormon.

    Dia hanya berusia 11 tahun ketika mula ditumbuhi jerawat selepas menggunakan krim pelindung matahari ketika bercuti di Caribbean bersama-sama keluarganya.

    Selepas pulang ke rumah ketika itu, dia menyangka kulitnya akan menjadi normal semula namun jangkaannya itu salah.

    Sepanjang usia remajanya, Amy tidak mempedulikannya tetapi apabila usianya menginjak 24 tahun, dia mula berasa malu untuk keluar dari rumah tanpa solekan. Dia bimbang dengan pandangan negatif orang ramai terhadapnya.

    Bekas jurusolek artis untuk filem dan TV itu, kemudiannya mencuba pelbagai teknik solekan untuk menutup jerawat di mukanya.

    Dia kemudiannya menulis dalam blog, Skyn Therapy selepas menyedari nasihat doktor supaya mengambil pil hormon tidak berjaya. Dia kemudiannya mengamalkan diet sihat dan menggunakan bahan semula jadi untuk penjagaan kulitnya.

    “Saya menulis blog untuk mendokumentasikan perjalanan saya menuju kulit yang bersih supaya mereka yang mengalami masalah sama dapat mengikuti kejayaan saya ini,’’ katanya yang mengambil pemakanan sihat seperti avocado, salmon dan banyak sayuran serta buah-buahan.

    Pemakanan sihat ini kini menjadi fokus Amy. Bagi dirinya, gula dan karbohidrat merupakan pencetus utama kepada jerawat yang dialaminya namun kini dia menjadi lebih yakin dengan kulitnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Masalah Jerawat Selama 15 Tahun Berakhir "