• Maria Farida Menang Saman RM400,000

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan dan anaknya membayar ganti rugi RM400,000 kepada Maria Farida kerana memfitnah pelakon itu.

    Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa Maria Farida berjaya membuktikan bahawa defendan, Hadijah Mohamed Mokhtar dan Nur Shazaleen Anid Mohd Yusoff, memfitnahnya.

    Mahkamah memerintahkan Hadijah membayar ganti rugi RM300,000, manakala anaknya, Nur Shazaleen diperintahkan membayar RM100,000.

    Mahkamah juga dalam keputusannya memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada Maria Farida.

    Peguam Tengku Haris Tengku Rostam hadir bagi mewakili Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza, 48.

    Pada 30 Disember 2016, Maria Farida memfailkan saman dengan menamakan Hadijah atau dikenali sebagai Karen Rahman dan Nur Shazaleen Anis Mohd Yusoff, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

    Hadijah adalah bekas isteri kepada suami Maria Farida, Datuk Rahman Shakur, manakala Nur Shazaleen anak tirinya.

    Maria Farida memohon perintah injunksi melarang kedua-dua defendan atau melalui ejen membuat, mengeluarkan, menerbit, menyiar segala pernyataan fitnah terhadapnya serta permohonan maaf.

    Beliau juga memohon perintah menghalang kedua-dua wanita berkenaan daripada berhubung dengannya menerusi mesej, panggilan telefon dan media sosial.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Maria Farida Menang Saman RM400,000 "