• Maria Chin Tinggalkan Bersih Untuk Sertai Politik

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+


    Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengumumkan akan meninggalkan kumpulan pemantau pilihan raya itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

    Pengumuman itu mematikan semua spekulasi tentang sama ada beliau akan menyertai politik.

    “Saya memutuskan untuk meletakkan jawatan pengerusi Bersih 2.0 dan mengambil cabaran baru dalam arena politik.

    “Saya menawarkan diri saya sebagai calon pada PRU14 akan datang sebagai calon bebas untuk Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan ringkas bersama undangan media ke sidang media beliau Selasa ini.

    Sidang media itu akan diadakan di pejabat kumpulan hak asasi manusia North-South Initiative.

    Maria mengakhiri undangan media itu dengan berkata “Saya mengharapkan sokongan dan kehadiran anda.”

    Sebelum ini spekulasi mengatakan Maria akan menggantikan sama ada Naib Presiden PKR Tian Chua di Parlimen Batu atau Hee Loy Sian di Petaling Jaya Selatan.

    Beliau adalah individu terkenal kedua bukan daripada bidang politik yang mengumumkan menyertai arena mutakhir ini.

    Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan secara rasmi menyertai PPBM pada 1 Mac.

    Wan Saiful meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) yang diterajui sejak 2009.

    Wan Saiful menyertai PAS pada 1997 dan mengasaskan Ideas bersama 2 rakannya lebih 9 tahun lalu sekembalinya dari London.-FMT

    Subjects:

  • No Comment to " Maria Chin Tinggalkan Bersih Untuk Sertai Politik "