• Manifesto Pembangkang Buatkan Malaysia Bangkrap

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Manifesto Pakatan Harapan (PH) diumumkan baru-baru ini yang dikatakan berteraskan rakyat mendapat pelbagai kritikan daripada netizen dan pakar politik.

    Kritikan paling pedas mendakwa menifesto pembangkang menyebabkan negara berhutang dengan jumlah yang besar dan tidak mustahil Malaysia akan bankrap.

    Semuanya tidak mengena dalam manifesto tersebut sehingga Tun Mahathir berkata, PH tidak kisah tentang masa depan.

    Jelas sekali Mahathir dan PH tidak akan memikir masa depan rakyat kerana sudah terang PH hanya fokus kepada kuasa.

    Ternyata generasi muda tidak tercatit dalam agenda PH yang tidak kisah tentang masa hadapan. Tidak mustahil generasi muda akan terkapai mencari kehidupan jika PH menang PRU14 nanti.

    Pada masa sama, ucapan Mahathir turut memberi petanda yang isu hak Sarawak tidak akan mempunyai masa depan.

    Yang Mahathir kisahkan adalah keinginan untuk PH berkuasa sahaja masa ini. Jadi hak Sarawak untuk dikembalikan tidak akan memiliki masa hadapan yang cerah dan tidak mustahil hak Sarawak akan terus terhakis sepertimana Mahathir lakukan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

    Impaknya, Sarawak akan kembali mundur dan segala perancangan pembangunan oleh BN akan terkubur jika PH berkuasa di Sarawak. 

    Ini akan menambah keperitan kepada rakyat negeri ini yang begitu mengidamkan pembangunan drastik dan mahukan hak negeri dikembalikan. Rakyat Sarawak akan berputih mata kerana Mahathir dan PH tidak kisah akan masa depan negara.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Manifesto Pembangkang Buatkan Malaysia Bangkrap "