• Manifeso PH Dipandang Sinis Firma Penyelidikan

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+
    Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan untuk melaksanakan 10 perkara dalam tempoh 100 hari jika menang pilihan raya umum ke-14, dipandang sinis oleh pasukan penyelidikan Business Monitor International (BMI).

    Malah kandungan manifestonya seperti memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menghapuskan tol dan melanjutkan tempoh bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut mencetuskan banyak persoalan.

    Ini kerana PH pastinya akan bergelut untuk melaksanakan 10 perkara dalam masa 100 hari dan ia sebenarnya lebih kepada janji populis semata-mata.

    Pelaksanaannya juga tidak dijelaskan secara khusus tentang bagaimana ia akan dilaksanakan apatah lagi ia merupakan sumber kewangan negara dan memberikan pendapatan kepada kerajaan.

    “Memandangkan GST menyumbang 17.9 peratus daripada hasil kerajaan dan telah berkembang dengan mantap sejak berkongsi 13.7 peratus pada Q215, pemansuhan GST akan memberi tekanan ke atas pendapatan kerajaan.

    “Peningkatan pembayaran subsidi juga akan menunjukkan tekanan tambahan, dengan bahagian subsidi jatuh ke 5.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pada Q317 daripada 16.8 peratus pada Q210 sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi subsidi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak (yang bermula pada bulan Julai 2010),” kata BMI Research dalam satu kenyataan.

    BMI merupakan pertubuhan milik agensi penarafan dunia Fitch Group,

    Baca sini: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/bmi-research-gives-pakatan-manifesto-the-thumbs-down

    Sifat manifesto itu sendiri yang tidak realistik juga membuat kredilibiti Pakatan Harapan diragui oleh pengundi.

    Selain isu-isu melibatkan GST, tol dan PTPTN, manisfesto itu juga menyentuh mengenai gaji minimum sebanyak RM1,500 jika PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

    Malangnya, bagi syarikat kecil yang bergelut untuk membayar gaji pekerjanya, sudah pasti ia merupakan sesuatu yang sukar dilaksanakan. Jika dilaksanakan, ia boleh mengakibatkan syarikat kecil yang baru bertatih gulung tikar.

    Begitu juga dengan tol. Ia merupakan dasar yang dilaksanakan ketika pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

    Mahathir sendiri pernah mempertahankan pelaksanaan tol semasa pentadbirannya dan turut membandingkan kadar tol di Malaysia dengan negara lain sambil berkata ia paling murah di dunia.

    Beliau memberi contoh sebuah jambatan di Jepun yang mengenakan bayaran RM540 berbanding kadar tol hanya RM7 untuk perjalanan 2 hala di Jambatan Pulau Pinang.

    “Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah,” katanya dalam sesi bual bicara mengenai dasar PH di Facebooknya pada 10 Januari lalu.

    Jadi adakah kemungkinan tol akan dimansuhkan? - SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Manifeso PH Dipandang Sinis Firma Penyelidikan "