• Mangsa lemas terakhir dari tiga sekeluarga ditemukan

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+
    BACHOK 21 Mac - Mayat mangsa lemas, Wan Ukkasyah Wan Halem, 12, ditemukan terdampar di pesisir Pantai Telong, dekat sini, pagi ini.

    Mayat terakhir ahli keluarga guru al-Quran Masjid Bunut Payung, Allahyarham Wan Halem Mustapa, 44, yang mati lemas di pantai itu ditemukan pada pukul 6.30 pagi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah,Asisten Superintenden Azmi Mokhtar berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 200 meter daripada lokasi kejadian selepas hilang hampir 16 jam pada petang semalam.

    “Mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemukan anggota penyelamat yang membuat rondaan sejak awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Azmi berkata, mayat Wan Ukkasyah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Dalam kejadian semalam, Wan Ukkasyah bersama ayahnya, Wan Halem dan adiknya, Wan Muzzammil, 10, lemas ketika mandi di Pantai Sri Telong, Melawi, dekat sini pada pukul 2.45 petang.

    Mereka bertiga dikatakan cuba menyelamatkan seorang lagi ahli keluarga, Wan Umair, 11, yang lemas ketika sedang mandi di pantai itu.

    Wan Umair berjaya diselamatkan manakala tiga beranak lagi meninggal dunia akibat lemas. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mangsa lemas terakhir dari tiga sekeluarga ditemukan "