• “Mana Satu Gambar Yang Sesuai Untuk BF Anak Saya?”

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 25 March 2018
    A- A+

    TULAR di media sosial beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki dengan ekspresi muka berbeza-beza yang mengundang tawa netizen.

    Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, yang merupakan ketua polis daerah Tenom, telah memuat naik beberapa gambar memaparkan dirinya dengan ekspresi muka berbeza yang dikatakan mahu diberikan kepada teman lelaki kepada anak perempuannya.

    Difahamkan, perkara tersebut adalah sebagai peringatan kepada individu berkenaan agar jangan sesekali melukakan hati anak perempuannya.

    “Mana satu gambar yang sesuai untuk BF anak saya?” tulis Firdaus menerusi Facebook miliknya.

    Gambar-gambar berkenaan ternyata menarik perhatian ramai yang mana rata-rata terhibur dengan gelagatnya.

    Malahan, netizen beranggapan di sebalik ketegasan Firdaus, dia merupakan seorang bapa yang kelakar dan begitu sayang akan anak-anak.

    Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir pihak yang beranggapan gambar-gambar tersebut comel selain merasakan sudah cukup ‘ganas’ untuk memberi peringatan kepada teman lelaki kepada anak perempuannya itu.

    Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus mencuri perhatian ramai terutamanya netizen di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " “Mana Satu Gambar Yang Sesuai Untuk BF Anak Saya?” "