• Maldives Tarik Balik Perintah Darurat Selepas 45 Hari

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    MALE: Presiden Maldives, Abdulla Yameen menarik balik perintah darurat yang berlanjutan selama 45 hari, semalam dengan menyifatkan beliau mahu keadaan kembali kepada normal.

    Abdulla pada awalnya mengenakan sekatan pada 5 Februari selepas Mahkamah Agung memutuskan untuk membatalkan sabitan terhadap sembilan pemimpin parti pembangkang.

    Pejabat Abdulla berkata, masih terdapat ancaman yang berkurangan terhadap keselamatan negara namun Presiden memutuskan untuk menarik balik sekatan itu berdasarkan nasihat perkhidmatan keselamatan selain langkah mempromosikan normaliti. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Maldives Tarik Balik Perintah Darurat Selepas 45 Hari "