• Malaysia Negara Islam Contoh

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+

    JEDAH: LIGA Islam Sedunia (WML) memperakui kejayaan Malaysia dalam memupuk kesederhanaan dalam Islam sehingga menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

    Sambil memuji keharmonian rakyat pelbagai kaum dan anutan, Setiausaha Agung WML, Dr. Mohammed Abdul Karim Al-Issa berkata, kempimpinan negara telah berjaya memastikan dan mengamalkan prinsip kesederhanaan tanpa kromponi.

    “Hasilnya, tanpa sebarang keraguan, Malaysia adalah negara contoh yang perlu diteladani, malah ia (Malaysia) telah ke hadapan dan memasuki peringkat seterusnya,” katanya yang juga bekas Menteri Kehakiman Arab Saudi kepada wartawan Malaysia di sini.

    Dr. Mohammed juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah ditemuinya di Putrajaya tidak lama dulu, telah mengambil langkah bijak memperkenalkan konsep wasatiyyah serta memastikan tidak wujud sebarang agenda yang boleh mengancam kesejahteraan dan keharmonian negara.

    Sehubungan itu juga beliau menegaskan peranan utama WML ke arah memupuk dan memperluaskan kesederhanaan Islam serta berusaha mengelakkan agenda politik dalam Islam.

    Sambil menyatakan dunia sengsara ekoran kelemahan dalam memahami betapa pen­tingnya kebersamaan sebagai asas keamanan, Dr. Mohammed mengingatkan bahayanya ketiadaan dialog ke arah itu dan kegilaan mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri yang sempit.

    Kekurangan dialog yang membina dan tiada perkongsiaan matlamat bersama terma­suk dalam hal nilai dan kebersamaam, memberi kesan ketara kepada realiti hari ini, katanya.

    “Justeru, usaha bersama ke arah tersebut perlu dipupuk. Ketepikan agenda politik,” tegasnya.

    Dr. Mohammed turut me­nyentuh tentang Iran yang disifatkannya cuba “membuat kecoh” dalam usahanya memperluaskan pengaruh politik di rantau ini.

    “Jelas tindakan Iran adalah berbahaya kepada dunia,” kata­nya sambil merujuk kepada apa yang berlaku di Yemen dan itu semua perlu diperbetulkan.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Negara Islam Contoh "