• Malala kembali ke Pakistan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 29 March 2018
    A- A+

    Nobel, Malala Yousafzai kembali ke negara asalnya Pakistan hari ini, kali pertama sejak ditembak di kepala oleh seorang lelaki Taliban kerana memperjuangkan pendidikan untuk wanita pada 2012.

    Perincian jadual perjalanannya 'dirahsiakan memandangkan sensitiviti yang dikaitkan dengan lawatan itu,' kata seorang pegawai kerajaan. Lawatan itu dijangka berlangsung empat hari termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Shahid Khaqan Abbasi.

    Ditemani ibu bapanya, Yousafzai, 20 diiring dari Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto Islamabad dengan kawalan keselamatan yang ketat, menurut gambar yang disiarkan di televisyen tempatan.

    Malala menjadi simbol global hak asasi manusia dan aktivis yang lantang memperjuangkan kepentingan pendidikan remaja perempuan sejak seorang lelaki bersenjata menaiki bas sekolahnya di lembah Swat pada 9 Oktober 2012, bertanya 'Siapa Malala?' dan menembaknya.

    Akibat kecederaannya, beliau dirawat di Birmingham, England dan menamatkan persekolahannya di sini.

    Pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada 2014 itu masih meneruskan kempennya sambil melanjutkan pengajian di Universiti Oxford. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Malala kembali ke Pakistan "