• Makanan Lambat Sampai, Pelayan Dibelasah Pelanggan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    HANYA kerana makanan yang dipesan lambat dihidangkan, seorang pelayan wanita telah diperlakukan dengan kejam oleh pelanggan di sebuah restoran.

    Pelayan berusia 48 tahun itu telah ditampar oleh seorang pelanggan lelaki sebelum seorang pelanggan wanita menarik rambutnya.

    Kejadian itu berlaku di restoran Tianxiake, Hunan pada 25 Februari lalu namun video CCTV yang memaparkan kekejaman pelanggan di situ, baru tersebar di media sosial.

    Ketika itu sekumpulan pelanggan, dalam enam ke tujuh orang telah mengadu makanan mereka lambat sampai. Mereka kemudiannya mengerumuni pelayan itu sebelum memukulnya.

    Pelayan yang memakai baju seragam merah itu dipukul ketika dia sedang menjelaskan bahawa hidangan yang mahal itu sedang disediakan.

    Laporan polis telah dibuat dan pelayan wanita terbabit telah dibawa ke hospital. Dia tidak mengalami kecederaan serius. Menurut pengurus di situ, pelayan wanita itu telah dua tahun bekerja di restoran tersebut dan selama ini dia menjalankan tugasnya dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Makanan Lambat Sampai, Pelayan Dibelasah Pelanggan "