• Majlis Tilawah Al-Quran Wadah Kembangkan Syiar Islam

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Walaupun Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri sudah dianjurkan sebanyak 58 kali sejak 1960, usaha tersebut perlu diteruskan pada masa akan datang dalam usaha menggembangkan syiar Islam.

    Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, generasi akan datang perlu terus didedahkan dengan majlis seperti itu agar qari dan qariah dapat dilahirkan bermula dari bangku sekolah.

    "Usaha seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Ia memerlukan usahawa Jabatan Pendidikan supaya aktiviti seperti ini dapat dipupuk bermula dari bangku sekolah," katanya pada Majlis Penangguhan Tadarus, Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Pendidikan Bahagian Kuching di sini, hari ini.


    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, penganjur majlis tersebut perlu berusaha menambah kuantiti peserta yang mengambil bahagian pada masa akan datang.

    "Kita menjemput lebih banyak agensi mengambil bahagian bersama-sama menganjurkan aktiviti sampingan sempena majlis tilawah al-Quran.

    "Usahasama seperti ini perlu dijalinkan setiap masa kerana kita mempunyai banyak kemudahan untuk penganjuran program," ujarnya.


    Tambahnya, generasi muda sekarang juga perlu membesar dan memerlukan bimbingan kondusif.

    "Sudah pasti mereka yang berjaya akan menjadi contoh kepada kawan-kawan lain agar mengikut langkah menjadi insan berjaya dalam pelbagai aspek.

    "Anak-anak haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu berguna dan menjadi pelajar yang berjaya hingga ke peringkat tertinggi," jelasnya.-Sarawakiana

  • No Comment to " Majlis Tilawah Al-Quran Wadah Kembangkan Syiar Islam "