• Mahu Elak Cukai Import AS, China Mungkin Cari Rakan Dagang Baharu

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Sunday, 4 March 2018
    A- A+


    BEIJING: China mungkin akan menjalinkan kerjasama baharu dengan negara pengeksport besi dan aluminium lain jika Amerika Syarikat (AS) masih kekal dengan keputusan yang dibuat pada Khamis lalu.

    Kementerian Perdagangan China berkata, keputusan menaikkan tarif import ke atas produk besi dan aluminium oleh AS akan memberi masalah kepada perdagangan dunia.

    Menurut kenyataan kementerian terbabit, langkah terbaharu AS itu akan merosakkan mekanisme perdagangan pelbagai hala yang diunjurkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), selain memberi kesan besar kepada perdagangan antarabangsa yang lain.

    Justeru, China mungkin akan bekerjasama dengan beberapa negara lain bagi melindungi hak dan kepentingan dagangan masing-masing jika tarif tersebut dilaksanakan kelak.

    Pada Khamis, Presiden AS Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif sebanyak 25 peratus bagi import besi dan 10 peratus bagi import aluminium bagi tujuan perlindungan industri domestik dan keselamatan negara itu.-Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Mahu Elak Cukai Import AS, China Mungkin Cari Rakan Dagang Baharu "