• Mahkamah Persekutuan putuskan SPR boleh laksana inkuiri tempatan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh melaksanakan inkuiri tempatan bagi cadangan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

    Mahkamah menolak permohonan kerajaan Selangor untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan perintah penggantungan sementara bagi menghalang SPR daripada menjalankan inkuiri itu.


    Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, menolak permohonan kerajaan Selangor untuk mendapatkan kebenaran merayu.

    "Pada akhirnya nanti, ia tidak mungkin mempunyai peluang untuk beroleh kemenangan (dalam rayuan kerajaan negeri Selangor) walaupun kami benarkan permohonan bagi kebenaran merayu ini," kata Raus yang mengetuai panel itu.

    Pada 7 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan kerajaan Selangor untuk mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Persekutuan putuskan SPR boleh laksana inkuiri tempatan "